Tuesday, 15 July 2014

Kereta Sewa AlfaRental Politeknik Sabak Bernam.

ALFA - ANONIMA LOMBARDA FABRICA AUTOMOBILA
Alfa romeo 159 dan model sebelumnya yang lain adalah minat admin.


Assalamualaikum wbt,

Kereta sewa Politeknik Sabak Bernam telah ditubuhkan secara kebetulan, disamping admin adalah peminat pengumpul kereta-kereta lama dan baru. Disamping hobby admin juga adalah memandu dan membaikpulih kenderaan Eropah sekiranya mempunyai masa yang terluang.

Ini adalah kerana lokasi Politenik Sungai Lang yang berada di kawasan tepian Pantai Sungai Lang, kerana jarak yang jauh ini menyukarkan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang mencukupi dalam satu masa tertentu.

Pelanggan terutamanya adalah terdiri dari Para pelajar dan pengguna sekitar, yang ingin pergi  ke Sg.Besar dan Sabak Bernam atas pelbagai urusan. Juga urusan yang diluar kawasan seperti ke Pantai Timur , Utara dan Selatan. Atas sebab ini kenderaan Admin sentiasa diselenggara dengan baik agar pengguna selamat pergi dan pulang.

Sejarahnya bermula dari pelajar yang meminta tolong, untuk menghantar mereka ke Sg.besar untuk mengambil wang di ATM kerana sistem ATM down, dan ia telah menjadi ilham untuk admin mengambil satu inisiatif menyediakan perkhidmatan kenderaan sewa untuk para pelajar yang memerlukan. Walaubagaimanapun perkhidmatan ini hanyalah sebagai sokongan jika sekiranya kenderaan sewa diluar politeknik sudah penuh dan tidak dapat menampung permintaan dalam waktu sibuk seperti hujung minggu dan kecemasan sahaja.

 Alhamdulillah perkhidmatan Pinjaman Kereta Sewa Politeknik Sabak Bernam telah dapat sokongan yang tidak jangka, sekaligus membuatkan admin meneruskan perkhidmatan  ini.Semoga admin dapat meneruskannya dengan jayanya insyaallah.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment